Followers

Monday, July 19, 2010

~Minggu Yang Membosankan~

Salam...

Dah seminggu aku tak update blog, sebenarnya byk cite yg aku nak kongsikan bersama..tapi apakan daya...internet kat opis problem..problem time aku gi kursus SPIES ari tu..so, bila internet tak de semua keje aku tertangguh...nak bukak sistem utk key in pun tak blh..so kalau nak buat terpaksalaa gi Jabatan or Pejabat yg lain..ari jumaat lepas try call ICT, Shah Alam..katanya paling cepat pun dalam masa 3 mgg..kalau tak berbulan2 la gamaknya...isshhhh..tensi tul...harap2 ok la dalam masa 3 mgg ni..tak terdaya time puasa sok nak gi Jabatan lain nak bt keje..ni pun aku update kat umah...kat umah aku tak de masa la nak on internet..baru nak on jer, si kakak n adik dah mengacau..ni pun dorang tdo lagi..so amik kesempatan ni update jap..hihihi..keylaa, nanti aku sambung lagi...kalau tak de pape mlm kot aku update sikit2...:)

p/s: Sabar itu separuh daripada Iman..


Monday, July 12, 2010

~Kursus SPIES~


Salam..

Ini entry auto publish..
Pada masa n ketika ini, aku on the way ke Lengging, N9 utk menghadiri Kursus SPIES selama 2 hari 1 mlm..kira 1 setghari je pun..sbb selasa tghari dah blh balik... Apa tu SPIES?? nanti aku ceritakan setelah pulang dari Kursus..tak pun kalau nak baca sendiri pun blh..sila klik SINI


Sunday, July 11, 2010

~Kerana Mengamalkan Ayat Kursi~


Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya.

Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan.

Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI??? Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku... semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat... sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA…. semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. Korang yg bergelar wanita...amalkanlah.. moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian...

*frm email

~Peristiwa Israk & Mikraj~


Sebelum Baginda di Israk Mikrajkan, Baginda dibedah dadanya oleh Malaikat Jibrail dan Mikail. Hati dan perut Baginda dibasuh, dicuci dan dibuang alaqah (ketulan hitam) iaitu tempat syaitan berbisik untuk menyesatkan manusia dengan menggunakan air zam-zam. Setelah dicuci Malaikat Jibrail dan Mikail menuangkan hikmah, ilmu dan iman ke dalam dada Baginda dan dijahit dengan menggunakan Khatimin Nubuwwah.

Selepas pembedahan selesai, maka Baginda di Israk oleh Malaikat Jibrail dan juga ditemani oleh Malaikat Israfil dengan menaiki Buraq. Berbagai tempat dikunjungi oleh Baginda ketika Israk . Setiap kali berhenti Malaikat Jibrail mengarahkan Baginda melaksanakan solat Sunnat 2 rakaat. Tempat-tempat yang dikunjungi ialah :

  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Baginda akan melakukan hijrah.

  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa as menerima wahyu daripada Allah.

  3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa as dilahirkan).

Ketika dalam perjalanan Baginda diganggu oleh Jin Afrit dengan Api Jamung.

Baginda juga dapat melihat berbagai peristiwa yang menarik, seperti :

  1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Baginda diberitahu oleh Jibrail : “Itulah kaum yang berjihad kejalan Allah (Fisabilillah) yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”

  2. Tempat yang berbau wangi. Baginda diberitahu oleh Jibrail :“Itulah bau kubur Masyitah iaitu tukang sisir rambut anak Firaun bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang telah direbus oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah dan ia tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan.”

  3. Sekumpulan orang yang sedang menghantukkan kepala mereka. Setiap kali kepala mereka pecah, kepala mereka disembuhkan kembali, lalu dihantukkan semula sehingga pecah pula. Demikian perbuatan ini diulang berkali-kali. Jibrail memberitahu Baginda: “Itulah orang-orang yang berat kepala untuk sujud (sembahyang) kepada Allah.”

  4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain. Mereka juga dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : “Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”

  5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail : “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami.”

  6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang makan riba.”

  7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail:“Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.”

  8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail:"Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”

  9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail : "Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah iaitu mencela dan menghinakan orang.”

  10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail : “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”

  11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Baginda tidak memperdulikannya. Kata Jibrail : “Itulah dunia.” Jika Baginda memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat."

  12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Baginda berhenti. Baginda tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: “Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.”

  13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Baginda untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail : “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”

Setelah sampai di Masjid Al-Aqsa Baginda turun dari Buraq dan mengimamkan solat dua rakaat kepada para ambiya dan para mursalin. Setelah selesainya solat, Baginda dibawa oleh jibrail 2 gelas air susu dan arak. Baginda memilih air susu untuk diminum, maka berkata jibrail “Baginda membuat pilihan yang betul, jika Baginda memilih air arak nescaya ramai umat Baginda akan sesat.” Apabila selesai Baginda minum, berlakulah peristiwa mikraj iaitu :

  1. Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Baginda dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

  2. Langit Pertama: Baginda dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam as Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

  3. Langit Kedua: Baginda dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa as dan Nabi Yahya as.

  4. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf as.

  5. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris as.

  6. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun as yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.

  7. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa as. Baginda mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat Baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

  8. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Baginda, Nabi Ibrahim as bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitulah La Haula Wala Quwwata Illa Billah". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim as bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: Subhanallah, Wal-Hamdulillah, Wa Lah Ilaha Illallah Allahu Akbar Dan Wa Lah Haula Wa Lah Quwwata Illa Billahil- 'Aliyyil-'Azhim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Baginda dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

  9. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Baginda menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya Baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

  10. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Baginda masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

  11. Tangga Kesepuluh: Baginda sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah swt dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Baginda. Allah swt : “Ya Muhammad.”Baginda : “Labbaika.” Allah swt : “Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.” Baginda : “Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izinMu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.” Allah swt : “aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang”

  12. Selesai munajat, Baginda di bawa menemui Nabi Ibrahim as kemudian Nabi Musa as yang kemudiannya menyuruh Baginda merayu kepada Allah swt agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Allah mensyariatkan solat 5 waktu kepada umat Islam, Baginda turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini Baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

Peristiwa Israk dan mikraj merupakan bukti kekuasaan allah kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Peristiwa ini juga sebagai ujian kepada umat Islam, kerana mengikut logik akal peristiwa ini tidak benar dan tidak boleh sepantas 1 malam berlaku. Tetapi iman seseorang itu akan membenarkan peristiwa ini adalah benar dan merupakan peristiwa yang bersejarah kepada umat Islam.

* artikal diambil dari SINI

Saturday, July 10, 2010

~Tips Untuk Pesakit Anemia~


Salam..

Ari ni aku nak share tips2 utk pesakit Anemia iaitu kurang darah merah..biasanya ibu2 mengandung akan mengalami situasi macam ni, termasukla aku sendiri..boleh pitam atau pengsan tau kalau kurang darah merah ni..so, kenalah berjaga2 dari skg dan pemakanan kita pun kena jaga...

Diet Untuk Memperbanyakkan Hemoglobin
-Makan makanan yang kaya dgn Zat Besi.
- Zat Besi itu terkandung dalam daging merah, ikan, ayam, hati, telur, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau, bayam brokoli dan tauhu.

Mempercepatkan Penyerapan Zat Besi.
-Jangan lupa utk makan makanan atau minuman yang membantu penyerapan zat besi seperti jus limau, strawberi, brokoli atau buah-buahan dan sayur2an yang mengandungi vitamin C

Jangan Minum Kopi atau Teh Setelah Makan
- Kedua-dua jenis minuman ini menyukarkan tubuh menyerap zat besi

Hati-hati Dengan Kalsium
- Kalsium melemahkan penyerapan zat besi. Berbincanglah dengan doktor bagaimana cara terbaik mendapatkan kalsium dan zat besi sekali gus untuk kesihatan tubuh anda.

Penting Juga Vitamin B12 dan Asid Folic
-Kedua2 zat ini terdapat dalam daging ayam, daging meran dan sayur2an

Suplemen Zat Besi
-Berbincanglah terlebih dahulu dgn doktor kerana pil suplemen mempunyai kesan sampingan seperti pening kepala, muntah2 dan alahan ( aku dulu makan Iron Folic, Kalsium dgn B Complex dari produk AMWAY..alhamdulillah laa, HB aku pun maintain jerk 11-12 )

Lakikan Pemeriksaan Kesihatan Setiap 5 hingga 10 Thn
- Jika anda wanita yg tidak hamil di usia produktif, buat pemeriksaan darah setiap 5 hingga 10 thn untuk mengesan adakah anda menghidap anemia. Ujian anemia ini boleh dilakukan ketika anda melakukan pemeriksaan kesihatan biasa.

Bilakah Waktunya Anda Perlu Berwaspada?
-Jika anda wanita yg tidak hamil di usia produktif, waspada anemia setiap:
1. Haid dgn darah yg keluar dgn byk sekali.
2. Kekurangan zat besi.
3. Sebelum ini pernah disyaki mengalami anemia.

~Petua: Kurangkan Berat Badan~

Salam..

Petua ni aku dapat dari Makcik aku, dia kata nak turun or kurangkan berat badan amik 1 1/2 sudu teh jus limau kasturi, campurkan dengan sedikit madu lebah tulen, pastu minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari, ia bukan saja boleh mengurangkan berat badan, malah menjadikan suara lembut dan merdu..hehe..so, sapa2 nak cuba kurangkan berat badan dan suka menyanyi leh la cuba.. 2 in 1 ni..

p/s: nak try.. :)


~Season 3 Cute Baby with TOY contest!!~

Season 3 Cute Baby With Toy Contest!!!

by






Gambar 1
Nama Si Manja: Afiqah Umairah bt Azizul
Umur Si Manja: 2 thn 8 bln



Gambar 2
Nama Si Manja: Afiqah Zahirah bt Azizul
Umur Si Manja: 1thn 2 bln



" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM"



Friday, July 09, 2010

~Perginya Seorang Pendakwah~

Al-Fatihah bt Arwah Hj Mohd Amin bin Hj Hussin, PTA Daerah Kajang
(Bekas PTA Daerah Gombak)
Semoga Roh beliau ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan soleh..


p/s: terasa kehilangan beliau...seorang bos yg cukup sporting..

Thursday, July 08, 2010

~Spiral Carbonara~

Salam..

mlm tadi malas nak masak beriya...tanya abg, nak makan apa..jawapan abg tak kisah..apa2 je laa.. tanya kakak lak, of course laa kakak jwb nak mkn mee..aku pun buka peti ais, tgk apa yg ada..tgk ada satu tin lagi sos carbonara, aym cincang pun ada, meatball pun ada, buka kabinet lak tgk ada spiral ngan spegetti..so, datang idea nak buat Spiral Carbonara...hehehe


Spiral yg telah direbus..


Bahan2 yg telah dicampur...tak de sayur campurlaa..kalau ada nampak warna warni sikit.. :P


yg telah siap digaul...aku gaul sekali, kalau curah atas spiral, nanti kuahnya tak cukup..hehehe

p/s: mlm ni nak masak apa lak ye.. :)




~Mandi Manda di Port Dickson~

salam..

Kejadian ni berlaku ari ahad lepas...selepas balik dari Jelai, kitaorg singgah PD umah Mak Lang aku..pg ahad tu lepas sarapan semua, kitaorg gi Pantai...sonok..org tak ramai, pasir dia pun cantik jerk..malas nak cite panjang..jom tgk gambar sambil aku bercerita..hihihi


kakak..basah2kan kaki dulu tepi pantai seblm terjun ke dlm laut..hehe


Suka tul dia dapat mandi laut


Time sampai ni adik tdo sbenarnya..kejutkan tak bgn..bukak pempers dia pun still tdo lagi..ngantuk sgt kot...si Jannah adik aku, dukung jerk bawak gi tepi pantai...dia tak bgn lagi tu..just buka mata sikit je..cam intai2 keadaan sekeliling...


tak lama tu dia dgr je kakak dia menjerit seronok..terus bangun tgk apa yg berlaku..hehe


Muka pelik...sbb adik first time gi pantai ni..


Mak Lang dia dudukan dia kat tepi pantai

kakak ngan atuk..kakak dah selamat berendam dlm laut..bkn main sonok dia..


xsen, tak nak dipegang..


adik nangis..sejuk kot..


adik n mama..kuat tul dia peluk aku..tkt kot..


lama2 adik seronok...steady jerk duk...tadi nangis..
gambar bawah aku, kakak, adik n uwan..bondaku..

see...suka adik...:)


tanam kaki adik...leka tul adik main pasir...

nak apa tu dik...?



kakak ada hati nak gi tempat dalam..sabarjelaa..bknnya th takut dia tu..


bergambar ngan kakak n adik..


posing lagi...:)


suka tgk gambar ni...umairah ngan pak cu dia..gambar adik aku yg bongsu ngan umairah..


adik ngan uwan..


mata pedih kena masuk pasir...pastu jerit2 ckp " mama..mama...kakak tak nampak.." hihi


adik dah seronok mandi air laut...time ni adik menggigil2 kesejukkan..

hari dah semakin panas, nak dkt kul 12 tu kitaorg naik...mandi2 terus balik umah Makcik aku, kat mana aku lupa, tapi umah dia dkt ngan Sek Politeknik PD. Balik2 masing lapar..mkn, bila dah kenyang tdo..hehehhe..lepas asar dalam kul 5ptg cam tu, kitaorg gerak balik K.Selangor..

p/s: penat weiii...tapi sonok..hihihi


~Kenduri Kawin Di Jelai~

salam

Bz betul ari ni..ramai lak tu yg cuti..nak tak nak kenalah cover keje orgkan..n keje aku tak terbuat..tapi tak pelaa..tolong menolongkan amalan mulia..nak update blog pun tak sempat2..smlm dah la tak update..sbrjelah...

ermm..ni aku nak cite pasal aku gi kenduri kawin kat Jelai, N9 ari sabtu ari tu...jauh tu..jumaat mlm tu kitaorg bertolak dari umah ke Seremban, rumah makcik aku belah abah..tdo sana, dlm kul 10 pg kitaorg gerak gi Jelai..kalau ikutkan dari Seremban ke Jelai tu tak la jauhkan..ni kitaorg smp sana kul 01.30ptg..huhhh..kematu punggung..hihihi...sedangkan aku ari tu, bln bape tak ingatla, gi Jelai gak kenduri sepupu belah abg aku, dari Banting ke Jelai 3 jam jerk..ni dari Seremban ke Jelai 3 jam 1/2..adik aku la ni, tah mana2 tah dia pusing..tapi alhamdulillah laa smp gak kitaorg kat sana..

ni adik beradik bondaku..n sepupu2ku


adik aku, zahirah n me..


Penangan Bola..muka tak cukup tdo..

Umairah n mak cik n pak ciknya..


Pelamin pengantin...cantik..



ni nak balik dah..


ni la pengantinnya..serba merah..


zahirah tak nak dukung dah..exsen ank berjalan sendiri..

Balik dari Jelai, singgah Kuala Pilah jap, pastu terus ke Seremban..Lepas Magharib kitaorg gi Port Dickson, Umah Makcik belah mak lak..tdo sana..sbb esoknya nak gi Mandi Laut..yiiihaaaa..hehe


p/s: abg aku tak ikut, dia gi balik Banting,anta adik bongsu dia masuk UPM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails